Monday, February 22, 2010

Mengapa perlu belajar Sun Tzu


2,500 tahun yang lalu, seorang panglima Cina bernama Sun Tzu, seorang “grand master” dalam strategi telah membukukan intipati falsafahnya didalam sebuah buku yang dikenali dengan “Seni Perang Sun Tzu.” Sehingga kehari ini, pakar strategi tentera seluruh dunia menggunakan falsafah Sun Tzu ini untuk memenangi peperangan. Mereka juga menjadikan “Seni Perang Sun Tzu” ini pelajaran wajib dalam pengajian ketenteraan.

Mereka yang mencari strategi perniagaan, perundangan dan kehidupan juga menoleh kepada Seni Perang Sun Tzu yang sememang nya didalamnya terdapat “wisdom” yang berkaitan.

Kemuncak falsafah Sun Tzu sebenarnya adalah strategi untuk menangani konflik secara efektif dan efisyen yang amat berguna kepada mereka yang ingin menandingi lawan mereka.

Kata Sun Tzu:

Seni perang adalah sesuatu yang amat penting kepada sebuah negara. Ia berkaitan soal hidup atau mati, jalan kearah keselamatan atau kearah kebiasaan. Oleh itu, ia adalah satu subjek yang mesti dipelajari dengan mendalam.


2 comments:

  1. Betul Mus, saya juga mencari dlm pelbagai sumber, tiada satupun seni/ilmu tua ini di bahaskan di dlm Bahasa Malaysia...yg sekaligus menunjukkan org Malaysia adalah terlalu tak kisah dan dangkal dlm salah satu bidang ilmu yg penting. Nabi pernah berkata....ajarlah anakmu memanah, menunggang kuda dan juga berenang. Rata2 di kalangan kita tidak menghayatinya. The Art Of War telah di gunakan secara meluas di dunia, kecuali Malaysia (Maaf kalau salah andaian). Dunia korporat juga banyak menggunakan ilmu ini utk menghadapi dunia korporat yg kian mencabar. Ahli bijak pandai kita seolah2 tak ambil peduli dan gagal berperanan utk menterjemahkan buku ini kedlm bahasa Malaysia dan sekaligus dapat di baca dan di pelajari oleh anak bangsa kita sebagai wadah transformasi dan kekentalan dalam menghadapi cabaran.(asphagroup@gmail.com)

    ReplyDelete